Maskot (pinjaman Perancis: mascotte serapan Occitan Provence mascoto "pemukauan" terbitan masco "sihir, pukau"[1]) dahulunya istilah seakan-akan tangkal bagi sesuatu orang, haiwan, atau benda yang dipercayai membawa tuah, kini mengelilingi apa-apa benda yang mewakili sesuatu kumpulan yang berkongsi satu identiti umumnya, seperti sekolah, pasukan sukan profesional, persatuan, unit tentera, atau syarikat. Maskot juga digunakan sebagai jurucakap rekaan mewakili produk dikilangkan syarikat kepada khalayak pengguna umum, seperti si koala yang dipakai dalam pengiklanan dan pembungkusan bagi bijirin sarapan "Koko Krunch", watak badut Ronald McDonald dari rangkaian restoran makanan segera McDonald's, dan si landak kecil bernama Sonic The Hedgehog bagi pembuat permainan video Sega.