Mawlawi (gelaran Islam)


Mawlawi (juga disebut dan dieja: Maulvi, Moulvi dan Mawlvi bahasa Parsi: مولوی) adalah gelaran kehormat dalam agama Islam tetapi ia bukanlah suatu gelaran yang terlalu eksklusif. Ini kerana gelaran yang eksklusif dalam Islam hanya sah diberikan kepada Allah, Malaikat, Nabi dan Rasul, Kitabullah, Hari Kiamat (Hari Pembalasan) serta wali-wali Allah yang sah sahaja. Gelaran Mawlawi ini hanya diberikan oleh masyarakat umum kepada Ulama Sunni. Gelaran ini agak mempunyai persamaan dengan gelaran Maulana, Mullah atau Sheikh. Mawlawi secara umumnya membawa maksud ‘pendidik agama’ atau ‘guru’. Selalunya, Maulvi perlulah menyelangsaikan segala pengajian formalnya dari Madrasah (sekolah Islam) atau Darul Ulum (seminari Islam).

Dalam kebudayaan yang lain, gelaran Mawlawi adalah suatu gelaran yang lebih rendah darjatnya dari gelaran "Maulana" atau "Sheikh" mungkin kerana tahap pendidikan pemegang gelaran Mawlawi ini tidaklah begitu setaraf dengan tahap didikan pelajaran oleh pemegang gelaran "Maulana" atau "Sheikh". Gelaran Mawlawi juga pada kebiasaannya digunakan secara meluas di Parsi serta kebanyakan negara di dunia Islam misalnya Iran, Afghanistan, Asia Tengah (seperti Pakistan) dan Asia Selatan misalnya India (dengan menggunakan sebutan Maulvi), Asia Tenggara (misalnya Malaysia dan Indonesia) dan Afrika Timur(seperti Habsyah dan Sudan). Istilah Mawlawi/Maulvi asalnya dari perkataan Parsi, dimana istilah Parsi ini telah diadaptasikan daripada istilah bahasa Arab yang berbunyi "Mawla", yang bermaksud ‘Tuan’.

Mawlawi Turki dikatakan mempunyai tali persamaan/persaudaraan dengan ahli Sufi (Sufisme) dari Konya (Qonya), Anatolia @ Istanbul, misalnya Pemuisi Sufi Parsi Jalal ad-Din Muhammad Rumi (d. 1273), dimana beliau seorang yang agak popular dengan gelaran Mawlana (bahasa Melayu; ‘Tuan kami’).

Di Bangladesh, dalam sistem pemerintahan Madrasah Aliyah, Maulvi adalah sebuah gelaran yang diberikan kepada mahasiswa yang berjaya/lulus dalam memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam sesuatu kursus Maulvi misalnya gelaran Maulvi untuk lepasan asas, Maulvi Alim (sederhana) atau Maulvi Fazil (tertinggi).

Di antara contoh masyarakat yang terkenal menggunakan gelaran Maulvi adalah termasuk Maulvi Balkhi, Pemuisi Parsi terkenal dan Moulvi Ibrahim, bapa kepada bekas Presiden Bangladesh, Iajuddin Ahmed, dan Maulvi Mohammad Yunus Khalis, Pencetus revolusi politik Afghanistan. Setiausaha Agung Kumpulan Islam Sedunia Eminence Sheikh Faisal Mawlawi juga turut menggunakan gelaran ini.


Developed by StudentB