Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
Mazhab Hanafi ialah salah satu mazhab fiqh dalam Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mazhab ini telah diasaskan oleh Imam Abu Ḥanifah (ابو حنيفه) atau nama sebenar beliau Nukman bin Thabit (نعمان ن ثابت). Mazhab ini dikenali sebagai mazhab yang paling terbuka kepada idea moden. Mazhab ini diamalkan di kalangan orang Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah Mesir, Turki, sub-benua India,Tajikistan,Iraq, sebahagian Afrika Barat dan negara-negara lain. Mazhab ini juga merupakan mazhab tertua dan terbesar dengan 30% pengikut.
Mujathid Mazhab Hanafi; Imam Abu Yusuf Ya’qub bin Ibrahim Al-Anshari dan Abu Abdillah Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani lebih dikenali sebagai Imam Muhammad, Abu Ja’far Al-Warraq Ath-Thahawi lebih dikenali sebagai Imam Tahawi, Imam Abu Mansur Al-Maturidi pengasas Mazhab Aqidah Matrudi dan lain-lain.