Medan elektromagnet

Templat:Keelektromagnetan Medan elektromagnet ialah suatu medan fizik yang dihasilkan oleh objek bercas elektrik. Ini menjejaskan kelakuan objek bercas dalam persekitaran medan tersebut. Medan elektromagnet menganjur tanpa terhingga melalui ruang dan memerihalkan saling tindak elektromagnet. Medan ini merupakan salah satu daripada empat daya asasi alam semula jadi (yang lain merupakan gravitasi, saling tindak lemah dan saling tindak kuat).

Medan ini boleh dilihat sebagai kombinasi medan elektrik dan medan magnet. Medan elektrik dihasilkan oleh cas pegun, dan medan magnet oleh cas bergerak (arus); kedua-dua ini kerap diperihalkan sebagai sumber medan elektromagnet. Cara cas dan arus bersaling tindak dengan medan elektromagnet diperihalkan oleh persamaan Maxwell dan hukum daya Lorentz.

Dari sudut pandangan klasik dalam sejarah keelektromagnetan, medan keelektromagnetan boleh dianggap sebagai medan licin berterusan, merambat seperti gelombang; sementara dari sudut pandangan teori medan kuantum, medan ini terlihat sebagai terkuantum, terdiri daripada zarah individual.[perlu rujukan]


Developed by StudentB