Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Teknologi melalui komunikasi dilakukan dengan cara yang pelbagai. Media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Media cetak pula menggunakan objek fizikal seperti akhbar, buku, risalah, atau komik [1] untuk menyebarkan maklumat mereka. Media luaran merupakan satu bentuk media massa yang terdiri dari papan iklan, tanda atau kenyataan yang diletakkan di luar dan di dalam bangunan perdagangan, stadium sukan, kedai dan bas. Media luaran lain termasuk papan tanda terbang (ditunda oleh kapal terbang), kapal udara, dan penulisan di langit.[2] Ucapan umum dan perhimpunan diatur juga boleh dianggap sebagai media massa.[3] Media digital merangkumi kedua-dua komunikasi massa Internet dan web mudah alih. Pembekal media Internet memberikan banyak perkhidmatan media massa, seperti email, tapak web, blog, dan radio dan televisyen berasaskan internet. Banyak saluran media massa lain memiliki kehadiran di web, seperti memiliki iklan TV yang memiliki pautan pada tapak web, atau menyebarkan Kod QR pada cetakan atau media luaran bagi memandu pengguna mobil ke laman web. Melalui cara ini, mereka boleh menggunakan capaian mudah yang dimiliki Internet, dan penyebaran yang dibolehkan melalui Internet, kerana maklumat boleh disiarkan dengan mudah pada banyak wilayah di dunia secara serentak dan efisen kos.
Organisasi yang mengawal teknologi ini, seperti stesyen telivisyen atau syarikat pencetak, turut dikenali sebagai media massa.[4][5][memerlukan petikan untuk diperiksa]
Media massa dapat mencapai khalayak yang besar seperti penduduk sesebuah negara. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1920-an dengan kemajuan rangkaian radio yang luas, dan surat khabar dan majalah yang diedarkan secara besar-besaran. Tetapi, beberapa bentuk media massa seperti buku dan manuskrip sudah digunakan sejak berkurun lamanya. Istilah media awam mempunyai makna yang sama: ia jumlah keseluruhan pengedar awam besar bagi berita dan hiburan di seluruh media meperti surat khabar, televisyen, radio, penyiaran, yang mungkin memerlukan keanggotaan persatuan dalam pasaran yang besar seperti Newspaper Guild, AFRTRA dan penerbit teks.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Mass Media
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama buzzle
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama dictionary
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Arguing for a general framework for mass media scholarship