Melanesia merupakan sebuah subkawasan di Oceania yang meliputi dari barat akhir Lautan Pasifik hingga ke Laut Arafura serta berada di timur Fiji. Kawasan ini meliputi kebanyakan pulau di utara dan timur laut Australia.
Rantau ini pertama kali diberikan nama oleh Jules Dumont d'Urville pada tahun 1832 daripada istilah bahasa Yunani iaitu μέλας melas "hitam" dan νῆσος nesos "pulau" - yakni "pulau-pulau hitam" - bagi merujuk kepada penampilan etnik penduduk kepulauan ini serta membezakan kumpulan geografi pulau yang terletak jauh dari Polinesia dan Mikronesia.