Orang Melayu Cocos, etnik Melayu di Kepulauan Cocos (Keeling), Australia.
Sumatera, merupakan tempat bahasa ibunda orang Melayu di Asia Tenggara. Bahasa Melayu menjadi bahasa utama kepada orang yang mendiami di pesisir Sumatera, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan pesisir Kalimantan.
Bahasa Melayu mempunyai loghat yang berbeza mengikut tempat dan daerah tertentu yang berbahasa ibunda melayu, dan secara letak geografis administrasinya iaitu seperti Melayu riau Indonesia, Melayu medan Indonesia, melayu sambas Indonesia Kalimantan, melayu Pontianak Kalimantan Indonesia dll, Penuturan bahasa melayu dikategorikan sebagai Malayo-Polynesia yang juga kategorikan sebagai Rumpun-bahasa Austronesia. Bahasa Melayu yang mudah difahami adalah Bahasa Melayu Indonesia ,Malaysia, Singapura dan Brunei juga loghat dan dialek Melayu di Malaysia seperti Johor, Melaka, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak , Kedah, Sabah, dan Sarawak. Manakala Bahasa Melayu di Indonesia telah banyak dengan bercampur Bahasa Indonesia.
Alam Melayu, gelaran lain bagi Asia Tenggara bagian Sumatera, Kepulauan Riau, semenanjung termasuk Minangkabau Sumatera Barat, Borneo/Kalimantan iaitu Brunei, Kalimantan Barat Sambas, Pontianak, Mempawah, Kalimantan Selatan Banjar, Kalimantan Timur Kutai dan Kalimantan Utara Bulungan.
Kepulauan Melayu, atau Nusantara kawasan yang didiami oleh penduduk berketurunan Austroasiatik, Austronesia dan juga nama lain bagi Indonesia . Ia juga merujuk pada geografi bukan kepada suku atau bangsa, sama istilah untuk Benua Sunda/Tanah besar Sunda, sudah tentu Sumatera, Pulau Jawa, Bali, Borneo/Kalimantan yang bersatu itu tidak dihuni hanya oleh orang suku Sunda, Benua Sunda menjadi Kepulauan Sunda setelah menjadi kepulauan.
Semenanjung Melayu, sebuah semenanjung di Asia Tenggara yang merangkumi sebahagian kecil selatan Myanmar, selatan Thailand, dan keseluruhan Malaysia Barat.
Ketuanan Melayu, satu ideologi politik yang diamalkan di Malaysia dan Brunei, namun tidak digunakan di Indonesia dan Singapura.
Laman nyahkekaburan ini mengandungi rencana-rencana yang mempunyai tajuk Melayu. Jika pautan dalaman melencongkan anda di sini, anda boleh memperbaiki pautan tersebut supaya terus menuju ke rencana yang diinginkan.