Menara Petronas 3 | |
---|---|
Maklumat umum | |
Status | Siap |
Jenis | Pejabat/pusat membeli-belah |
Lokasi | Kuala Lumpur |
Negara | Malaysia |
Koordinat | 3°9′24″N 101°42′40″E |
Pembinaan bermula | Lewat 2006 |
Disiapkan pada | 2011 |
Pembiayaan | RM 665 juta untuk superstruktur |
Pemilik | KLCC Properties |
Pengurusan | KLCC Properties |
Maklumat ketinggian | |
Bumbung | 267 m (876 ka) |
Butiran teknikal | |
Bilangan tingkat | 60 |
Keluasan tingkat | 900,000-kaki-persegi (84,000 m2) |
Lif/mesin pengangkat | 28 |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Pelli Clarke Pelli Architects |
Pemaju | KLCC Property Holdings |
Kontraktor utama | Daewoo Engineering And Construction |
sunting · sunting di Wikidata |
Menara Petronas 3 yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Carigali, ialah bangunan pencakar langit disiapkan di sebidang tanah yang dikenali sebagai Lot C KLCC, berukuran 1.06 ekar (0.43 hektar) bersebelahan dengan KLCC Kuala Lumpur. Bangunan ini akan menampilkan lanjutan 6 tingkat ke pusat membeli-belah Suria KLCC dengan seluruh tingkat di atas yang terdiri daripada ruang pejabat. Selepas disiapkan Menara Carigali akan dijadikan ibu pejabat Petronas Carigali, anak syarikat E&P PETRONAS dan beberapa anak syarikat multinasional tempatan seperti Microsoft Malaysia akan ditempatkan di menara baru. Bersama dengan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan kondominium Binjai, pembangunan Lot C berada di bawah Fasa 2 projek KLCC. Kos pembangunan dilaporkan pada RM1 bilion.[1][2]