Syarikat induk | Ensiklopedia Britannica |
---|---|
Diasaskan pada | 1831 |
Pengasas | George Merriam, Charles Merriam |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Lokasi ibu pejabat | Springfield, Massachusetts |
Jenis penerbitan | Buku rujukan, kamus dalam talian |
Pemilik | Britannica (Jacqui Safra) |
Laman web rasmi | merriam-webster |
Merriam-Webster, Inc., merupakan syarikat Amerika yang menerbitkan buku-buku rujukan dan terutama dikenali untuk kamus.
Pada tahun 1828, adik-beradik George dan Charles Merriam mengasaskan syarikat itu sebagai G&C Merriam Co. di Springfield, Massachusetts. Setelah Noah Webster meninggal dunia pada tahun 1843, syarikat itu membeli hak milik An American Dictionary of the English Language gubahan beliau lalu berkesinambungan sebagai The Merriam-Webster Dictionary yang wujud sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1964, Encyclopædia Britannica, Inc., memperoleh Merriam-Webster, Inc., sebagai anak syarikat. Syarikat itu mengguna pakai namanya pada tahun 1982.[1][2]