Rencana ini memerlukan kemas kini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Mesopotamia (Bahasa Yunani Kuno: Μεσοποταμία Mesopotamíā; Arab: بِلَاد ٱلرَّافِدَيْن Bilād ar-Rāfidayn atau بَيْن ٱلنَّهْرَيْن Bayn an-Nahrayn; Parsi: میانرودان miyân rudân ) merupakan tamadun terawal yang lahir di dunia lahir di wilayah yang kini terletak di Iraq, timur Syria, tenggara Turki dan barat daya Iran. Mesopotamia (dari bahasa Yunani bererti 'antara dua sungai')[1] merupakan kawasan muka bumi yang terletak antara sungai-sungai Dajlah dan Furat, sebahagian besarnya kawasan dirangkum dalam Iraq[1][2][3] dan barat Iran moden.[4][5][6] Wilayah Mesopotamia yang seluas 130 000 batu persegi dikelilingi pergunungan Zargos di bahagian timur laut dan dataran tinggi Arab di barat daya. Ia menganjur dari Teluk Parsi di tenggara hingga ke pergunungan Taurus di Turki hinggalah ke Teluk Parsi.
Sumer di selatan Mesopotamia biasanya dikenali sebagai "Buaian Tamadun (Cradle of civilization)". Bandar di Mesopotamia kemudian dijadikan ibu kota Akkad, Babylonia, Assyria, Mitanni, Assyrian-Baru, Babylonia-Baru, Parthia, Sassanid dan empayar Abbasid. Pada masa yang lain, kawasan ini diperintah oleh kuasa asing, terutamanya Empayar Achaemenid, Macedonia/Seleucid, Rashidun, Umayyad, Ottoman dan British empayar.