Microsoft yang mula-mulanya ditubuhkan pada tahun 1975 untuk membangunkan dan menjual pentafsirBASIC untuk Altair 8800 bangkit untuk mendominasi pasaran sistem pengendalian komputer rumah dengan MS-DOS pada pertengahan 1980-an. Syarikat ini mengeluarkan satu penawaran awam permulaan (IPO) di pasaran saham, di mana disebabkan berikutan kenaikan harga saham telah melahirkan 4,000 orang jutawan dan kira-kira 12,000 jutawan di kalangan kakitangan Microsoft.[11][12][13] Sepanjang sejarahnya syarikat ini dijadikan sasaran kritikan atas pelbagai sebab, termasuk amalan perniagaan memonopoli—kedua-dua Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Eropah merupakan antara pihak yang mengheret Microsoft ke mahkamah atas pencabulan antiamanah dan pembungkusan perisian.[14][15]
Microsoft juga berpijak di pasaran-pasaran selain sistem pengendalian dan set perisian pejabat dengan aset-aset seperti rangkaian televisyen kabelMSNBC, portal WebMSN dan ensiklopedia multimedia Microsoft Encarta. Syarikat ini juga memasarkan produk perkakasan komputer seperti tetikus Microsoft dan produk hiburan rumah seperti Xbox, Xbox 360, Zune dan MSN TV.[3] Dikenali kerana apa yang disifatkan secara amnya sebagai budaya perniagaan yang tertumpu kepada pemaju, Microsoft selama ini telah memberi sokongan pengguna melalui newsgroup Usenet dan Jaringan Sejagat, dan mengurniakan status Microsoft MVP kepada sukarelawan yang didapati banyak membantu pelanggan syarikat.[16][13]
^Charles, John. "Indecent proposal? Doing Business With Microsoft". IEEE Software (January/February 1998): 113–117. * Jennifer Edstrom (1998). Barbarians Led by Bill Gates: Microsoft from inside. N.Y. Holt. ISBN 0-8050-5754-4. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan) * Fred Moody (1995). I Sing the Body Electronic: A Year With Microsoft on the Multimedia Frontier. Viking. ISBN 0-670-84875-1. * Michael A. Cusumano (1995). Microsoft Secrets: How the World's Most Powerful Software Company Creates Technology, Shapes Markets and Manages People. Free Press. ISBN 0-684-85531-3. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)