Minuman merujuk kepada barang cair yang boleh diminum. Hampir semua minuman terdiri daripada air pada sebahagian besarnya. Air adalah penting untuk hidup, dan adalah lebih penting berbanding makanan. Kematian akan terjadi selepas satu minggu tanpa sebarang air tetapi manusia telah diketahui dapat hidup tanpa makanan selama beberapa bulan.