Mitzvah

Para penganut agama Yahudi berpegang kepada perintah[1] (Ibrani: מִצְוָה, rumi: mīṣvā[1] disebut [mit͡sˈva] muf., מִצְווֹת mīṣvōt disebut [mit͡sˈvot] jam.; bahasa Inggeris: mitzvah) dari Tuhan yang mesti dilaksanakan sebagai kewajipan mereka. Peraturan agama yang dimaktubkan sebahagian besarnya terdiri daripada perbincangan tentang perintah-perintah ini. Menurut adat agama, terdapat 613 perintah sedemikian.

Selain makna utamanya, perkataan mitzvah juga bermaksud pahala daripada melaksanakan perintah-perintah tersebut. Oleh yang demikian, perkataan mitzvah juga bererti tindakan kebaikan individu yang selaras dengan syariat Yahudi. Ia merangkumi perasaan ikhlas dalam perbuatan baik itu dan bukan sahaja ditunaikan kerana hukum-hakam semata-mata, seperti diperintahkan dalam ayat "Kasihilah sesama manusia sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri" (Imamat 19:18).[2]

Bagi sesetengah mitzvah, sebabnya dinyatakan dalam Taurat. Dalam Talmud, teks dengan ajaran para rabai, sesetengah rabai membahaskan jika sebab peraturan-peraturan ini penting difahami atau tidak. Sesetengah percaya mengetahui sebabnya akan membantu orang ramai menunaikan mitzvah dengan lebih baik. Yang lain bimbang jika orang tahu sebabnya, mereka mungkin menumpukan pada sebab itu dan bukannya mengikut perintah itu sendiri.

  1. ^ a b "mitsvah". Leksikon. Alkitab SABDA. 2005. Dicapai pada 2024-10-20.
  2. ^ "Definition of MITZVAH". www.merriam-webster.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-12-17.

Developed by StudentB