Modal (serapan Tamil: முதல் mutal "permulaan";[1][2] juga barangan modal atau modal sebenar) dalam kefahaman ekonomi mengkhusus kepada faktor pengeluaran yang digunakan bagi menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang sendiri tidak digunakan dengan banyaknya sungguhpun ia mungkin susut nilai dalam proses pengilangan. Barang modal mungkin didapati dengan wang ataupun modal kewangan. Pada sebarang masa, jumlah modal fizikal boleh dirujuk sebagai saham modal, penggunaan yang berbeza dengan saham modal dalam prinsip perniagaan. Modal merupakan masukan kepada fungsi pengeluaran.
|issn=
value (bantuan).