Model

Model ialah perwakilan bermaklumat bagi objek, orang atau sistem. Istilah ini pada asalnya merujuk kepada pelan bangunan dalam bahasa Inggeris akhir abad ke-16, dan diperoleh melalui bahasa Perancis dan Itali, dan akhirnya daripada perkataaan modulus bahasa Latin, yang bererti suatu bahan ukuran.

Model boleh dibahagikan kepada model fizikal (cth. model kapal terbang) dan model abstrak (cth. ungkapan matematik yang menerangkan corak tingkah laku). Model abstrak atau konseptual ialah perkara utama dalam falsafah sains,[1][2] kerana hampir setiap teori saintifik secara berkesan membenamkan beberapa jenis model lingkungan atau fizikal manusia.

Dalam bidang perniagaan, "model" boleh merujuk kepada reka bentuk khusus produk seperti yang dipaparkan dalam katalog atau bilik pameran (cth. Ford Model T), dan secara lanjutan, kepada produk yang dijual itu sendiri.

  1. ^ Merriam-Webster, Merriam-Webster's Collegiate Dictionary, Merriam-Webster.
  2. ^ Tatomir, A.; McDermott, C.; Bensabat, J.; Class, H.; Edlmann, K.; Taherdangkoo, R.; Sauter, M. (2018). "Conceptual model development using a generic Features, Events, and Processes (FEP) database for assessing the potential impact of hydraulic fracturing on groundwater aquifers". Advances in Geosciences. 45: 185–192. Bibcode:2018AdG....45..185T. doi:10.5194/adgeo-45-185-2018. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)

Developed by StudentB