Prinsipaliti Monaco ڤرينسيڤليتي موناکو | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: "Deo Juvante" (Latin) "Dengan Pertolongan Tuhan" | |||||
Lagu kebangsaan: Hymne Monégasque | |||||
Ibu negara | Monaco[1] | ||||
Most populated quartier | Monte Carlo | ||||
Bahasa rasmi | Bahasa Perancis[2] | ||||
Kerajaan | Raja berperlembagaan dan Wilayah prinsipaliti beraja | ||||
• Putera Monaco | Putera Albert II | ||||
• Menteri Negara | Didier Guillaume | ||||
• Presiden Majlis Kebangsaan | Thomas Brezzo (Primo !) | ||||
Independence | |||||
• Wangsa Grimaldi (di bawah daulat Republik Genoa) | 8 Januari 1297 | ||||
• dari Perancis | 17 Mei 1814 | ||||
• from occupation of the Sixth Coalition | 17 Jun 1814 | ||||
2 Februari 1861 | |||||
• Penggubalan perlembagaan | 5 Januari 1911 | ||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 2.1 km2 (0.81 bt2) (193rd) | ||||
negligible[3] | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | ▬ 38,300[4] (ke-190) | ||||
• Bancian Penduduk 2016 | 37,308[5] | ||||
18,713/km2 (48,466.4/sq mi) (pertama) | |||||
KDNK (PPP) | 2015 | ||||
• Jumlah | ▲ $7.672 bilion (aggrn 2015)[6] (ke-158) | ||||
▲ $115,700 (aggrn 2015)[6] (ke-3) | |||||
KDNK (nominal) | 2018[b] | ||||
• Jumlah | ▲ $7.185 billion[7] (ke-145) | ||||
▲ $185,741[8] (pertama) | |||||
Mata wang | Euro ( EUR ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (CET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+2 (CEST) | ||||
Kod panggilan | 377 | ||||
Kod ISO 3166 | MC | ||||
DPT internet | .mc |
Monaco (Jawi: موناکو ) ialah sebuah negara kota diperintah putera terletak di Riviera Perancis berhampiran kawasan Liguria di pesisiran Laut Mediterranean Eropah Barat dikelilingi Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali. Ia merupakan negara berdaulat kedua terkecil di Eropah selepas Kota Vatican dengan sempadan darat berukuran sepanjang 5.47 km serta pesisiran paling terpendek dunia sepanjang 3.83 km.[9] Monaco mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.
Pembangunan ekonomi di negara ini banyak bergantung kepada perjudian khususnya di Kasino Monte Carlo yang didirikan lewat abad ke-19 serta pembinaan jalan kereta api Marseille–Ventimiglia yang menghubungkan ke rangkaian berpusat di Paris,[10] Negara ini tidak melaksanakan pencukaian pendapatan dan perniagaan malah menjadi tumpuan kerana kurangnya pelaksanaan cukai berkaitan; sebanyak 30% penduduk yang mendiami negara ini adalah jutawan[11] dengan pemilikan estet terkumpul mencecah sebanyak €100,000 ($142,000) setiap meter persegi pada tahun 2018.