Mozambique

Republik Musambiki
ريڤوبليك موسمبيكي
República de Moçambique
Bendera Musambiki
Jata Musambiki
Bendera Jata
Lagu kebangsaanPátria Amada
”Tanah Air yang Dicintai”

Lokasi Musambiki
Ibu negara
dan bandar terbesar
Maputo
25°57′S 32°35′E / 25.950°S 32.583°E / -25.950; 32.583
Bahasa rasmiBahasa Portugis
Bahasa lain diiktirafBahasa Swahili
Bahasa Mwani
Bahasa Cewa
Bahasa Tsonga
Agama
(2020)[1]
KerajaanRepublik berperlembagaan kesatuan berpresiden separa[2][3][4]
• Presiden
Filipe Nyusi
Adriano Maleiane
Badan perundanganPerhimpunan Republik
Pembentukan
1 Mac 1498
• Merdeka daripada Portugal
25 Jun 1975
• Dimasukkan ke PBB
16 September 1975
1977 - 4 Oktober 1992
• Penggubalan perlembagaan baharu
21 Disember 2004
Keluasan
• Jumlah
801,590 km2 (309,500 bt2) (ke-35)
• Perairan (%)
2.2
Populasi
• Perkiraan 2024
34,868,402[5] (ke-45)
28.7/km2 (74.3/sq mi)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
USD53.710 bilion[6] (ke-121)
USD1,584[6] (ke-187)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
USD21.936 bilion[6] (ke-128)
$647[6] (ke-185)
Gini (2014)negative increase 54.0[7]
tinggi
HDI (2021) 0.446[8]
rendah · ke-185
Mata wangMetical Mozambique (Mtn)
(MZN)
Zon waktuUTC+2 (CAT)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (tidak terpakai)
Arah memandukiri
Kod panggilan258
DPT internet.mz
Laman sesawang rasmi
www.portaldogoverno.gov.mz
  1. Orang Makua Makhuwa, Tsonga, Lomwe, Sena dan lain-lain.
Anggaran untuk negara ini secara terang-terangan mengambil kira kesan kematian berlebihan akibat AIDS; ini boleh mengakibatkan jangka hayat yang lebih rendah, kadar kematian dan kematian bayi yang lebih tinggi, populasi dan kadar pertumbuhan yang lebih rendah, dan perubahan dalam taburan populasi mengikut umur dan jantina daripada yang diharapkan.

Musambiki (Portugis: Moçambique disebut [musɐ̃ˈbikɨ terdekat mu.sang.bi.ki]; Chichewa: Mozambiki; Swahili: Msumbiji; Tsonga: Muzambhiki, bahasa Inggeris: Mozambique) ialah sebuah negara yang terletak di Afrika Tenggara bersempadan dengan Lautan Hindi di sebelah timur, Tanzania di utara, Malawi dan Zambia di barat laut, Zimbabwe di sebelah barat, dan Eswatini dan Afrika Selatan di barat daya. Negara berdaulat ini dipisahkan dari Comoros, Mayotte dan Madagascar oleh Selat Musambiki di sebelah timur. Negara ini pernah suatu ketika dahulu dijajah oleh Portugal. Musambiki satu-satunya negara yang bukan di bawah jajahan Britain tetapi menyertai pertubuhan Komanwel pada tahun 1995. Ibu negaranya dan bandar terbesar ialah Maputo.

Salah satu perkara menarik tentang negara ini ialah bendera rasminya kerana ia satu-satunya negara di dunia yang mempunyai lambang senjata moden iaitu senapang AK-47 dengan bayonet di hujung senapangnya.[9] Jenama AK-47 dipilih kerana hubungan rapat negara ini dengan blok Komunis dan ia melambangkan perjuangan negara untuk kemerdekaan yang berterusan dan kekuatan pertahanannya.

Musambiki dikurniakan dengan sumber semula jadi yang kaya dan pelbagai. Ekonomi negara banyak bergantung pada pertanian, tetapi sektor industri juga semakin berkembang, terutamanya makanan dan minuman, pembuatan kimia dan pengeluaran aluminium dan petroleum. Dari segi pelombongan, walaupun ia tidak kaya dengan emas dan berlian, negara ini kaya dengan arang batu dan batu permata terutamanya batu delima yang ditemui dengan banyak sekali di barat Montepuez pada tahun 2009. Negara ini mempunyai gas asli yang banyak dan mempunyai rizab gas asli ke-14 terbesar di dunia.[10] Sektor pelancongan juga semakin berkembang walaupun tidak sebesar sektor pertanian dan industri. Afrika Selatan adalah rakan dagang utama Musambiki dan sumber pelaburan langsung asing, sementara Belgium, Brazil, Portugal dan Sepanyol juga antara rakan ekonomi terpenting di negara ini. Sejak tahun 2001, pertumbuhan purata KDNK tahunan Musambiki adalah antara yang tertinggi di dunia. Namun, negara ini masih merupakan salah satu negara termiskin dan paling terbelakang di dunia, dan ia berada di peringkat rendah dari segi KDNK per kapita, pembangunan manusia, ukuran ketidaksamaan dan purata jangka hayat. Dari segi ekonomi, negara ini dikategorikan sebagai negara pendapatan rendah dan berada di tangga 44 daripada 54 negara di benua Afrika.

Kini Musambiki sedang bergolak terutamanya di utara negara ini disebabkan pemberontakan yang dilancarkan oleh puak yang bersekongkol dengan gerakan DAESH. Serangan di wilayah utara itu juga sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,300 orang, selain mengakibatkan lebih daripada 250,000 penduduk di sana terpaksa berpindah ke wilayah lain. [11]


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan

  1. ^ "National Profiles". Association of Religion Data Archives.
  2. ^ Neto, Octávio Amorim; Lobo, Marina Costa (2010). "Between Constitutional Diffusion and Local Politics: Semi-Presidentialism in Portuguese-Speaking Countries". Social Science Research Network. SSRN 1644026. Cite journal requires |journal= (bantuan)
  3. ^ Shugart, Matthew Søberg (September 2005). "Semi-Presidential Systems: Dual Executive and Mixed Authority Patterns" (PDF). Graduate School of International Relations and Pacific Studies. United States: University of California, San Diego. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 August 2008. Dicapai pada 20 August 2016.
  4. ^ Shugart, Matthew Søberg (December 2005). "Semi-Presidential Systems: Dual Executive And Mixed Authority Patterns" (PDF). French Politics. 3 (3): 323–351. doi:10.1057/palgrave.fp.8200087. S2CID 73642272. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Of the contemporary cases, only four provide the assembly majority an unrestricted right to vote no confidence, and of these, only two allow the president unrestricted authority to appoint the prime minister. These two, Mozambique and Namibia, as well as the Weimar Republic, thus resemble most closely the structure of authority depicted in the right panel of Figure 3, whereby the dual accountability of the cabinet to both the president and the assembly is maximized.
  5. ^ "Mozambique Population (2024) - Worldometer".
  6. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, October 2023 Edition. (Mozambique)". IMF.org. International Monetary Fund. 10 October 2023. Dicapai pada 16 October 2023.
  7. ^ "Gini Index". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 December 2015. Dicapai pada 30 September 2022.
  8. ^ Human Development Report 2021/2022 (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada March 13, 2024. Dicapai pada 30 September 2022.
  9. ^ [https:// pickvisa.com/blog/10-most-unusual-flags-in-the-world-and-their-secrets "Flag of Mozambique"] Check |url= value (bantuan). pickvisa.com.
  10. ^ Mozambique Natural Gas. worldometers.info
  11. ^ [https:www.bharian.com.my/dunia/afrika/2020/08/720749/daesh-ambil-alih-pelabuhan-utama-mozambique "Daesh ambil alih pelabuhan utama Mozambique"] Check |url= value (bantuan). BH Online.

Developed by StudentB