Muhammad Indera

Muhammad (Ahmad) bin Indera (1920 - 30 Januari 1953) atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera merupakan salah seorang pemimpin Melayu komunis yang menentang British. Dalam buku "Memoir Abdullah C.D.: zaman pergerakan sehingga 1948, Volume 3", Muhammad Indera dikatakan menjadi ahli PKM sejak penjajahan Jepun lagi. Muhammad Indera menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.

Ahmad bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak . Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.


Developed by StudentB