Muhammad al-Fatih | |
---|---|
Zaman | Empayar Uthmaniyah |
Nama penuh | Sultan Muhammad Al-Fatih سلطان محمد الفاتح |
Turki Uthmaniyyah | محمد ثانى |
Tarikh lahir | 30 Mac 1432 |
Tempat lahir | Edirne |
Tarikh mangkat | 3 Mei 1481 (usia 49) |
Tempat mangkat | Hünkârçayırı, berdekatan Gebze |
Wangsa | Dinasti Uthmaniyyah |
Bonda | Hüma Hatun |
Muhammad II (Arab: محمد الثانى) atau dikenali dengan Muhammad iaitu daripada kata terbitan "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Konstantinopolis (kemudiannya diberi nama "Kustantiniyah") pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.