Musa Aman PSM; SPDK (Sbh); DGSM (Mlk); DA (Swk); PGDK (Sbh); JMN; JP (Sbh) | |
---|---|
Ketua Menteri Sabah ke-14 | |
Dalam jawatan 27 Mac 2003 – 12 Mei 2018 | |
Raja | Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Mizan Zainal Abidin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Muhammad V |
Perdana Menteri | Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Dr. Mahathir Mohamad Yang Amat Berhormat Dato' Seri Utama Abdullah Ahmad Badawi Yang Berhormat Dato' Sri Najib Razak Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir Mohamad |
Gabenor | Ahmadshah Abdullah Juhar Mahiruddin |
Timbalan | Wences Angang (2003–2004) Tham Nyip Shen (2003–2004) Lajim Ukin (2003–2004) Joseph Pairin Kitingan (2004–2018) Chong Kah Kiat (2004–2007) Yahya Hussin (2004–2018) Yee Moh Chai (2011-2013) Raymond Tan Shu Kiah (2013–2018) Jeffrey Kitingan (2018) Hajiji Mohd Noor (2018) Masidi Manjun (2018) |
Didahului oleh | Tan Sri Chong Kah Kiat |
Digantikan oleh | Mohd Shafie Apdal |
Kawasan pilihan raya | Sungai Sibuga |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Sungai Sibuga | |
Dalam jawatan 19 Februari 1994 – 26 September 2020 | |
Didahului oleh | Thien Fui Yun (PBS) |
Digantikan oleh | Mohamad Hamsan Awang Supain (BN-UMNO) |
Majoriti | 3,708 (1994) 4,034 (1999) 6,670 (2004) 7,658 (2008) 11,569 (2013) 2,184 (2018) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Beaufort, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia) | 30 Mac 1951
Parti politik | Barisan Nasional UMNO (bekas parti) Anggota terus GRS (sejak 2023) |
Pasangan | Puan Sri Hajah Faridah binti Haji Tussin |
Pertalian |
|
Anak |
|
Tandatangan | |
Laman web | www.sabah.gov.my |
Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Musa bin Haji Aman (lahir 30 Mac 1951), merupakan Ketua Menteri Sabah yang ke-14 (kini mantan/bekas Ketua Menteri Sabah). Beliau menggantikan Chong Kah Kiat dari Liberal Democratic Party (LDP) pada 27 Mac 2003. Beliau merupakan pengerusi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Sabah tetapi telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO-Sabah selepas kejatuhan UMNO di Sabah pada tahun 2018. Selepas perletakkan jawatan oleh Tan Sri Musa Aman, Jawatan pengerusi UMNO telah diberikan kepada Datuk Bung Moktar Radin dari Parlimen Kinabatangan. Pada Pilihan raya negeri Sabah 2020, Tan Sri Musa Aman disahkan tidak akan bertanding atas mana-mana kerusi ADUN di Sabah kerana dikatakan ingin memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin lain serta Parti-Parti lain untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah dan menyandang kerajaan baru di Sabah.