MusicBrainz | |
---|---|
Maklumat umum | |
URL | http://musicbrainz.org/ |
Jenis | Ensiklopedia muzik dalam talian |
Tersedia dalam | Bahasa Inggeris, bahasa Jerman, bahasa Perancis, bahasa Belanda dan bahasa Itali |
Ditubuhkan | 17 Julai 2000 |
Pendahulu | CD Index (en) |
Pengurusan dan pentadbiran | |
Pemilik | MetaBrainz Foundation |
Pengasas | Robert Kaye |
Gabungan | web semantik |
Kandungan dan sokongan | |
Komersial | Tidak |
Pendaftaran | perlu untuk menyunting data |
Ditulis dalam | Perl |
Diselenggarakan oleh | MetaBrainz Foundation (en) |
Perangkaan | |
Kedudukan Alexa | 31,630 [1] |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Amerika Syarikat |
Pautan luar berkaitan | |
Blog rasmi | |
Pautan lain | |
sunting · sunting di Wikidata |
MusicBrainz ialah suatu projek yang bertujuan mencipta pangkalan data muzik kandungan terbuka. Sama seperti projek freedb, ia telah ditubuhkan sebagai tindak balas pada sekatan yang dikenakan pada CDDB. Walau bagaimanapun, MusicBrainz telah mengembangkan matlamatnya bagi mencapai melampaui gudang metadata cakera padat bagi menjadi pangkalan data dalam talian terbuka berstruktur untuk muzik.[2][3]
MusicBrainz mengumpul maklumat mengenai artis, rakaman karya mereka, dan hubungan antara mereka. Kemasukan rakaman karya mencatatkan sekurang-kurangnya tajuk album, runut tajuk, dan panjang setiap runut. Kemasukan ini dikekalkan oleh penyunting sukarelawan yang mematuhi garis gaya panduan bertulis komuniti. Karya yang dicatatkan boleh menyimpan maklumat tambahan mengenai tarikh keluaran dan negara, ID CD, seni pada kulit/penutup, cap jari akustik, teks anotasi bebas bentuk dan metadata yang lain. Sehingga 3 Oktober, 2013, MusicBrainz mengandungi maklumat mengenai secara kasar 800,000 artis, 1.2 juta siaran, dan 13 juta rakaman.[4]