Nabi Muhammad

Muhammad Bin Abdullāh
مُحَمَّد بِن عَبْد الله
Nama Muhammad dalam seni wulrz.
Kelahiran
Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib Bin Hashim

12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571m)
Makkah, Jazirah Arab (kini Arab Saudi)
Meninggal dunia12 Rabiulawal 632m ( 11 Hijrah )
Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi)
Sebab kematianSakit (Sakit tua)
DikebumikanMakam محمد كان آخر نبي di Masjid NabawiMadinah
Nama lainAl-Amin, As-Sadiq, Rasul Allāh, Al-Hasyimi dan Abu al-Qasim
Terkenal keranaIslam
Pasangan
Ibu bapaAyah : Abdullah bin Abdul Muttalib
Ibu : Āminah bt Wahab
SaudaraAhlul Bait
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthplace"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "deathdate"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "deathcause"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "deathplace"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "birthdate"

Takwim Islam

  1. Muharam
  2. Safar
  3. Rabiulawal
  4. Rabiulakhir
  5. Jamadilawal
  6. Jamadilakhir
  7. Rejab
  8. Syaaban
  9. Ramadan
  10. Syawal
  11. Zulkaedah
  12. Zulhijah
Cop Mohor Nabi Muhammad SAW

Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: مُحَمَّد بِن عَبْد الله; disebut [mʊħɑmmæd]  ( dengar)) 12 RabiulAwal (20 / 22 April 571)[1] merupakan pemimpin agama, sosial, dan politik Arab serta penyampai risalah agama Islam.[2] Baginda dianggap sebagai penghulu segala nabi dan rasul terakhir dalam ajaran Islam.[3] Lebih dikenali sebagai Muhammad (Arab/Jawi: محمد) atau Nabi Muhammad (Arab/Jawi: نَبِي مُحَمَّد), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah kepimpinan Islam.[4] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.[5][6][7][8]

Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab,[9][10] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran hanif yang dibawa dari Nabi Ibrahim AS. Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibril (malaikat yang sama menyampaikan wahyu Allah kepada 5 orang Rasul Ulul Azmi) ketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.

Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta membukanya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[11] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas محمد كان آخر نبي Haji Wida atau Haji Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M).

Wahyu yang dikhabarkan oleh Nabi Muhammad sampai kewafatannya membentuk ayat-ayat Al-Quran, dianggap oleh umat Islam sebagai kata-kata Tuhan yang tidak berubah, yang merupakan dasar bagi agama Islam. Selain Al-Quran, ajaran dan amalan Nabi Muhammad (sunnah), yang ditemui dalam hadis dan sirah (biografi), juga dipegang dan digunakan sebagai sumber hukum Islam (Syariat)

  1. ^ Syeikh Sofiyurahman Al-Mubarakfuri, Ar-Rahiq Al-Makhtum : sirah nabi : perjalanan hidup insan agung : Dari kelahiran hingga saat terakhir, m/s 59, terbitan Kemilau Publika, cetakan pertama Disember 2013.
  2. ^ "Muḥammad". The Oxford Encyclopedia of the Islamic World. Oxford: Oxford University Press. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2017. The Prophet of Islam was a religious, political, and social reformer who gave rise to one of the great civilizations of the world. From a modern, historical perspective, Muḥammad was the man who restored the unaltered original monotheistic faith of Adam, Noah, Jesus and other Islamic prophet. From the perspective of the Islamic faith, he was God's Messenger (rasūl Allāh), called to be a "warner," first to the Arabs and then to all humankind.
  3. ^ Quran 33:40
  4. ^ [ The Leadership of Muhammad] di Buku Google oleh John Adair
  5. ^ Esposito (1998), p. 12.
  6. ^ Esposito (2002b), pp. 4–5.
  7. ^ Peters, F.E. (2003). Islam: A Guide for Jews and Christians. Princeton University Press. m/s. 9. ISBN 0-691-11553-2.
  8. ^ Esposito, John (1998). Islam: The Straight Path (3rd ed.). Oxford University Press. m/s. 9, 12. ISBN 978-0-19-511234-4.
  9. ^
  10. ^ Encyclopedia of World History (1998), p. 452
  11. ^ Sahih-Bukhari, Buku 43, #658

Developed by StudentB