Sebahagian daripada siri berkaitan |
Baitulmaqdis |
---|
Kota lama Baitulmaqdis mempunyai banyak nama terkenal diserap dari pelbagai bahasa sebanyak "70 nama" menurut kitab Midrash.[1] Senarai-senarai telah dikumpulkan menjadi 72 nama Ibrani yang berbeza untuk Baitulmaqdis dalam teks-teks lama Yahudi.[2]
Masyarakat Palestin tidak kira apa jua agama mengenalnya sebagai Al-Quds (Arab: اَلْـقُـدْس ) manakala orang Barat mengenalnya dengan nama seakar Ibrani: יְרוּשָׁלַיִם Yerushalayim (termasuk Inggeris: Jerusalem); nama Ibrani ini diambil dari nama lama, yang dirakamkan seawal Zaman Gangsa Pertengahan, yang kemudiannya diulang-ulang sebut dalam etimologi rakyat, terutama dalam Yunani Bible, di mana elemen pertama nama tersebut berkait dengan perkataa Yunani: ἱερός (hieros, "suci"). Kota ini juga dikenali, terutamanya dalam kalangan Muslim, sebagai Baitulmaqdis (Arab: بَـيْـت الْـمَـقْـدِس, rumi: Bayt al-Maqdis, lit. 'Rumah Suci' ), merujuk kepada masjid ketiga agung, Masjid al-Aqsa yang terdapat di sana, dan di sisi Yahudi, digelar Kuil Suci (Ibrani: בֵּית־הַמִּקְדָּשׁ, rumi: Beit HaMikdash ).[3]