Narendra Modi | |
---|---|
નરેન્દ્ર મોદી | |
Perdana Menteri India ke-14 | |
Menyandang jawatan 26 Mei 2014 | |
Presiden | Pranab Mukherjee Ram Nath Kovind Draupadi Murmu |
Didahului oleh | Manmohan Singh |
Ketua Menteri Gujarat ke-14 | |
Dalam jawatan 7 Oktober 2001 – 22 Mei 2014 | |
Gabenor | Sunder Singh Bhandari Kailashpati Mishra Balram Jakhar Nawal Kishore Sharma S. C. Jamir Kamla Beniwal |
Didahului oleh | Keshubhai Patel |
Digantikan oleh | Anandiben Patel |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Vadnagar, India | 17 September 1950
Parti politik | Parti Bharatiya Janata |
Pasangan | Jashodaben Chimanlal |
Tempat belajar | Universiti Gujarat Universiti Delhi |
Tandatangan | |
Laman web | Laman rasmi |
Narendra Damodardas Modi (lahir 17 September 1950) adalah ahli politik India yang menjadi Perdana Menteri India dan terkini selepas Parti Bharatiya Janata (BJP) menang besar dalam Pilihan raya umum India 2014 . Modi menjadi Perdana Menteri India ke -14 dan menjadi Ketua Menteri Gujarat.
Beliau menjadi Ketua Menteri Gujarat pada Oktober 2001 selepas peletakan jawatan pemimpin terdahulu, Keshubhai Patel, dan setelah kekalahan BJP dalam pilihan raya kecil. Pada bulan Julai 2007, beliau menjadi Ketua Menteri paling lama berkhidmat dalam sejarah Gujarat iaitu selama 2,063 hari berturut-turut.
Modi adalah ahli Rashtriya Swayamsevak Sangh (RSS) yang dilabel sebagai nasionalis Hindu oleh media dan dirinya sendiri. Beliau merupakan tokoh kontroversi di India dan antarabangsa kerana Rusuhan Gujarat 2002 Tetapi beliau dipuji kerana dasar-dasar yang menggalakkan pertumbuhan ekonomi di Gujarat.