Rencana ini mengenai penglihatan negara dari aspek geografi, untuk aspek lain, silalah pilih daripada rencana Negara
Negara (Tulisan Jawi: نڬارا; Bahasa Inggeris: Country; Bahasa Perancis: Pays) adalah satu istilah politik antarabangsa serta geografi politik yang merujuk kepada satu konsep wilayah geografi yang didefinasikan. Ia boleh menjadi satu wilayah yang diperintah oleh satu kerajaan negara politik, tetapi tidak semestinya. Sebagai contoh, terdapat terdapat ramai wilayah lain yang dikatakan merupakan satu negara tetapi tidak diperintah oleh satu kerajaan negara politik, seperti Antartika. Negara politik sendiripun mempunyai penggantungan seberang laut, dengan wilayah dan rakyat yang asing daripada wilayah dan rakyat negara sendiri (sebagai contoh pegangan Perancis, Suriname). Ia juga boleh merujuk kepada negara budaya dengan syarat mereka berada Logo Quiz by Country di satu kawasan geografi definitif.