Negara Islam di Iraq dan Syam (ISIS) (Arab: الدولة الاسلامية في العراق والشامcode: ar is deprecated al-Dawlah al-Islāmīyah fī al-ʻIrāq wa-al-Shām), singkatan ISIS atau ISIL (Inggeris) atau DĀʻiSh atau Daesh (Arab: داعشcode: ar is deprecated Dāʻish), merupakan sebuah kumpulan gerakan militan bersenjata yang radikal aktif di Iraq dan Syria. Kumpulan ini beraliran Asyairah campuran Maturidi yang keras dengan tindakan hukum dan syariat islam, malah kumpulan ini juga didakwa serupa seperti golongan Khawarij dan juga menyimpang dari jalan islam. Ini sebagaimana tindakan mereka mengambil hukum yang terkandung dalam Al-Quran luar dari tafsiran yang sepatutnya, tidak seperti mana tafsiran para ulamak Sunni umumnya. Mereka menghalalkan darah orang bukan islam "kafir" dan menghukum bunuh orang islam yang dianggap mereka murtad melalui hukum Takfir. Kumpulan ini telah dicatatkan sebagai organisasi pertubuhan pengganas oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
ISIS dikritik secara meluas kerana manjalankan pemenggalan kepala dan hukuman mati yang kejam terhadap tentera dan orang awam, termasuk wartawan, lagi-lagi pula orang tersebut bukan islam dan beraliran Syiah. ISIS juga dikutuk atas pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, perhambaan seks keatas kaum minoriti Yazidi (fahamannya menganggap wanita bukan islam boleh diperhambakan) dan lain-lain. ISIS juga akan melawan dan membantai apa-apa jua gerakan jihad pembebasan yang tidak sehaluan dan sebulu dengannya seperti mana yang berlaku pada Perang Saudara Syria.
Ia ditubuhkan pada tahun-tahun awal Perang Iraq dan berjanji setia dengan kumpulan al-Qaeda pada tahun 2004. Kumpulan tersebut terdiri daripada pelbagai kumpulan pejuang termasuklah oleh pertubuhan sebelumnya, Majlis Syura Mujahidin, al-Qaeda, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Tentera Mazhab Mansura dan lain-lain. Matlamat Negara Islam Iraq dan Syam adalah untuk menubuhkan sebuah kekhalifahan dalam kawasan majoriti berfahaman Sunni di Iraq dan kemudiannya termasuklah Syria, lalu ke seluruh dunia.[perlu rujukan]
Kumpulan ini dipengaruhi pergerakan Asyairah. Mereka berjuang memerdekakan negara Iraq, Syria,Negara Palestin dan juga Lubnan. Kumpulan ini ditubuhkan pada awal Pencerobohan AS di Iraq 2003 dan bersetia dengan organisasi al-Qaeda 2004. Kumpulan ini mendapat sokongan dan bergabung dengan pelbagai kumpulan pemberontak, termasuk Majlis Syura Mujahideen, al-Qaeda di Iraq, Jaysh al-Fatiheen, Jund al-Sahaba, Katbiyan Ansar Al-Tawhid wal Sunnah, Jeish al-Taiifa al-Mansoura dan lain-lain. Puak-puak ini menganut Islam Sunni. Matlamatnya adalah untuk mewujudkan satu negara khalifah di kawasan majoriti Sunni Iraq, kemudian berkembang ke Syria. Pada bulan Februari 2014 selepas krisis kuasa, al-Qaeda tidak lagi berhubung dengan ISIS.[perlu rujukan]
Mereka menyasarkan kerajaan dan tentera Iraq. Ahlinya bertambah kepada 2,500 orang. Surat daripada Ayman al-Zawahiri, pemimpin tertinggi al-Qaeda pada 2013 menyatakan pembubaran puak ISIS Syria. Walau bagaimanapun, pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi menyatakan gerakan itu selari dengan dasar perundangan Islam dan akan terus beroperasi di Syria.[perlu rujukan]
Pada awal Jun 2014, berikutan perbalahan di Iraq, ISIS dilaporkan telah merampas kuasa kebanyakan bangunan di Mosul, bandar kedua paling ramai penduduk di Iraq, wilayah Nineveh, dan bandar Fallujah. ISIS turut mengambil alih kawalan di Tikrit, wilayah Salah Din, dengan matlamat menguasai Baghdad, ibu kota Iraq.[perlu rujukan]