Negara boneka ialah sebuah negara yang merdeka dan diakui kedaulatannya secara rasmi namun pemerintahannya secara de facto berada di bawah kawalan negara luar yang lain seakan dikendalikan dengan tali-tali boneka[1] (pemerintah boneka atau kerajaan boneka). Kebergantungan ini sering dibuat pemerintah negara lain sebagai dalang demi melawan negara saingannya atas sebab tertentu, seperti aspek ekonomi atau kuasa politik[2] (contohnya: antara Korea Selatan yang dahulunya didorong pihak Amerika Syarikat dan Korea Utara yang didorong Kesatuan Soviet).
Pemerintahan negara boneka biasanya sangat bergantung kepada negara dalangnya terutama sekali dalam hal-hal berkaitan politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan diplomatik luar negara; lalu menyebabkan pemerintahan seperti ini biasanya tidak mempunyai pengiktirafan secukupnya di dalam negeri mahupun di medan antarabangsa.
Puppet state: a country whose government is being controlled by the government of another country, much as a puppeteer controls the strings on a marionette
The term 'puppet state' is used to describe nominal sovereigns under effective foreign control...