Ng Wei Aik | |
---|---|
黄伟益 | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Tanjong | |
Dalam jawatan 5 Mac 2013 – 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Chow Kon Yeow |
Digantikan oleh | Chow Kon Yeow |
Majoriti | 28,645 (PRU-13) |
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang untuk Komtar | |
Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mac 2013 | |
Didahului oleh | Lim Gim Soon |
Digantikan oleh | Teh Lai Heng |
Majoriti | 3,328 (PRU-12) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Ng Wei Aik 20 Disember 1977 George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Sekutu gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Alma mater | Universiti Malaya |
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam Bertauliah |
Laman web rasmi | ngweiaik |
Ng Wei Aik (Cina ringkas: 黄伟益 ; Cina tradisional: 黃偉益 ; pinyin: Huáng Wěiyì; dilahirkan pada 20 Disember 1977, seorang ahli politik berbangsa cina di Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk satu penggal bagi kerusi Komtar dan mantan Ahli Dewan Rakyat untuk satu penggal bagi kerusi Tanjong, Pulau Pinang. Beliau diberikan mandat atas tiket Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang ketika itu merupakan salah satu parti komponen di dalam Pakatan Rakyat (PR).[1][2]
Beliau digugurkan sebagai calon DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum Malaysia 2018.[3]
Beliau juga merupakan mantan setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, YB Tuan Lim Guan Eng dan kemudian meletakkan jawatan pada bulan Mac 2014 untuk memberi fokus terhadap tugasnya sebagai ahli parlimen.