Republik Persekutuan Nigeria Orílẹ̀-èdè Olómìnira Àpapọ̀ Naìjírìà
Republik Nijeriya جمهورية نيجيريا Republic ndi Naigeria Republik Federaal bu Niiseriya | |||||
---|---|---|---|---|---|
| |||||
Cogan kata: Perpaduan dan Kekukuhan, Kedamaian dan Kemajuan "Unity and Faith, Peace and Progress" | |||||
Lagu kebangsaan: "Arise O Compatriots, Nigeria's Call Obey" | |||||
Ibu negara | Abuja | ||||
Bandar terbesar | Lagos | ||||
Bahasa rasmi | Inggeris | ||||
Bahasa umumyang diakui | Hausa, Igbo, Yoruba | ||||
Demonim | Nigerian | ||||
Kerajaan | Republik persekutuan berpresiden | ||||
• Presiden | Bola Tinubu (APC) | ||||
• Naib Presiden | Kashim Shettima ( - ) | ||||
• Presiden Senat | David Mark (PDP) | ||||
• Speaker Dewan | Dimeji Bankole (PDP) | ||||
• Hakim Besar | Olukayode Ariwoola | ||||
Kemerdekaan dari United Kingdom | |||||
• Pengisytiharan dan diperakui | 1 Oktober 1960 | ||||
• Pengisytiharan republik | 1 Oktober 1963 | ||||
1.4 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2019 | 200,007,825 [1] (7) | ||||
• Bancian Penduduk 1996 | 118,550,00 | ||||
KDNK (PPP) | 2019 | ||||
• Jumlah | $1.264 trilion (13) | ||||
$6,319 (139) | |||||
Gini (2019) | 43.7 sederhana | ||||
HDI (2019) | 0.677 sederhana · ke-127 | ||||
Mata wang | Naira Nigeria (₦) ( NGN ) | ||||
Zon waktu | UTC+1 (WAT) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+1 (tidak diperhatikan) | ||||
Kod panggilan | +234 | ||||
Kod ISO 3166 | NG | ||||
DPT internet | .ng | ||||
1
² KDKK adalah pada 2006; jumlah dan per kapita bagaimanapun, adalah pada 2005. |
Republik Persekutuan Nigeria atau nama pendeknya Nigeria (/naɪˈdʒɪəriə/ ( dengar)) terletak di Afrika Barat. Negara ini bersempadan dengan Benin di sebelah barat, Chad dan Cameroon di sebelah timur, Niger di sebelah utara dan Teluk Guinea di sebelah selatan. Ialah negara yang ada paling ramai penduduk di Afrika. Kota-kota penting termasuk Abuja, bekas ibu kota Lagos, Abeokuta, Ibadan, Port Harcourt dan Jos.
Negara ini diduduki lebih 250 suku etnik yang menuturkan lebih 500 aneka bahasa dengan pelbagai budaya.[2][3][4] Tiga kelompok yang utama sebanyak 60% penduduk ialah bangsa Hausa–Fulani di kawasan utara, bangsa Yoruba di kawasan barat dan bangsa Igbo di kawasan timur.[5]
Kawasan terangkum dalam Nigeria ini pernah mempunyai banyak kerajaan lama sejak alaf pertama. Lembaga politik yang membentk negara moden Nigeria terhasil daripada penggabungan negeri-negeri Nigeria Utara dan Nigeria Selatan tahun 1914 oleh Lord Frederick Lugard. Ia merdeka dari penjajahan British pada 1 Oktober 1960.