Nukleotida merupakan sebatian kimia yang terdiri daripada tiga bahagian: bes heterosiklik, gula 5-karbon dan satu atau lebih kumpulan fosfat (tanpa kumpulan terakhir ini, ia dikenali sebagai nukleosida). Dalam nukleotida yang paling biasa, besnya merupakan terbitan purina atau pirimidina, dan gulanya merupakan pentosa (deoksiribosa atau oksiribosa). Nukleotifa merupakan monomer asid nukleik, dengan tiga atau lebih nukleotida bergabung menjadi asid nukleik.
Nukleotida merupakan unit struktur RNA, DNA dan beberapa kofaktor, CoA, flavin adenina dinukleotida, flavin mononukleotida, adenosina trifosfat serta nikotinamida adenina dinukleotida fosfat. Dalam sel mereka mempunyai peranan penting dalam metabolisme dan pengisyaratan.