O Canada ("Wahai Kanada", Perancis: Ô Canada ) ialah lagu kebangsaan negara Kanada.
Lagu ini pada asalnya dalam bahasa Perancis di mana ia wujud sebagai lagu tema sambutan hari keraian santo penaung Quebec, Saint-Jean-Baptiste, atas permintaan Leftenan Gabenor jajahan tersebut: muziknya digubah oleh Calixa Lavallée sementara liriknya dinukilkan Adolphe-Basile Routhier. Terjemahan rasmi lirik lagu ini dalam bahasa Inggeris disediakan Robert Stanley Weir, seorang hakim dari Quebec pada tahun 1908.[1]