Onn Ismail

Tan Sri Dato' Seri
Onn Ismail
Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Selangor
Dalam jawatan
18 Mei 1995 – 22 April 2008
Didahului oleh Zainal Dahalan
Digantikan oleh Teng Chang Khim
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Pelabuhan Klang
Dalam jawatan
1986–1999
Didahului oleh Ng Boon Thong @ Ng Thian Hock
Digantikan oleh Zakaria Md Deros
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Sementa
Dalam jawatan
1974–1986
Didahului oleh Chua Kow Eng
Digantikan oleh Md Amin Abd Moin
Maklumat peribadi
Lahir1939 (1939)
Kuala Selangor, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Mati5 April 2023(2023-04-05) (umur 83–84)
Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang

Tan Sri Dato' Seri Onn Ismail (1939 – 5 April 2023) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Yang di-Pertua DUN Selangor (1995-2008), mantan ADUN Pelabuhan Klang selama tiga penggal (1986-1999) dan mantan ADUN Sementa selama empat penggal (1974-1986). Di peringkat parti beliau ialah mantan Pengerusi Tetap UMNO Malaysia (2004-2007).

Beliau satu-satunya Adun yang berkhidmat dengan enam Menteri Besar Selangor iaitu sejak zaman Datuk Seri Harun Idris, Datuk Hormat Rafei, Datuk Ahmad Razali Mohd Ali, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau meninggal dunia pada 5 April 2023 di usia 84 tahun.


Developed by StudentB