Operasi Claret

Operasi Claret

Sempadan Sarawak-Kalimantan
Dirancang oleh United Kingdom Jeneral Walter Walker
Objektif Memastikan tentera Indonesia hilang imbangan
Tarikh Julai 1964 – Julai 1966
Hasil Kejayaan tentera British/Komanwel


Claret ialah nama kod yang diberikan untuk operasi-operasi merentas sempadan Malaysia-Indonesia semasa Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Operasi ini berjalan dari Julai 1964 hingga Julai 1966 dan dilaksanakan dari Malaysia Timur (sekarang Sarawak dan Sabah) dan merentas sempadan Malaysia dengan Kalimantan Indonesia. "Claret" diilhamkan oleh Pengarah Operasi Borneo (Director of Borneo Operations DOBOPS), Mejar Jeneral Walter Walker, seorang pegawai tentera British, dengan persetujuan kerajaan-kerajaan Britain dan Malaysia. Tujuan operasi-operasi di bawah Claret ialah untuk merampas inisiatif peperangan daripada pihak Indonesia dan meletakkan angkatan Indonesia dalam keadaan bertahan berbanding dengan keadaan sebelum operasi yang melihat tentera Indonesia berpangkalan dengan selamat di Kalimantan dan menyerang Malaysia pada masa dan tempat pilihan mereka. Walau bagaimanapun satu perkiraan penting ialah pihak Indonesia tidak sepatutnya dimalukan kerana ini boleh menyebabakan peningkatan konflik ataupun membolehkan Indonesia untuk menjaja bukti tentang "agresi imperial"; justeru operasi-operasi Claret diberi klasifikasi kerahsiaan tinggi dan tidak di gembar-gemburkan, mahupun para wartawan British tahu apa yang sedang dilakukan. [1] Laporan kecederaan British yang terlibat dalam Claret sering kali dilaporkan hanya sebagai kecederaan "dalam operasi di Malaysia Timur."

  1. ^ Pocock 1973, m/s. 11.

Developed by StudentB