Optik

Jadual Optik, Table of Opticks, 1728, Cyclopaedia

Optics (ὀπτική óptikē, "penampilan" atau "kelihatan" dalam Bahasa Yunani Purba) merupakan salah satu cabang fizik yang menerangkan ciri dan sifat cahaya dan hubungan cahaya dengan jirim. Optik turut menerangkan fenomena optik.

Bidang optik biasanya menggambarkan sifat cahaya yang nampak, inframerah dan ultra ungu; tetapi oleh sebab cahaya adalah gelombang elektromagnet, gejala yang sama juga terjadi pada sinar-X, gelombang mikro, gelombang radio, dan bentuk lain dari sinaran elektromagnet.

Maka, optik boleh dianggap sebagai bidang kecil dalam elektromagnetisme. sesetengah fenomena optik bergantung kepada sifat kuantum cahaya yang mengaitkan sebahagaian bidang ini dengan mekanik kuantum. Tambahan, kebanyakan fenomena optik boleh dikira dengan penerangan elektromagnet terhadap cahaya seperti dalam Persamaan Maxwell.

Bidang optik sering terpisah dari komuniti ahli fizik. Ia mempunyai pengenalan, masyarakat dan persidangannya sendiri. Aspek sains tulen bagi bidang tersebut digelar kejuruteraan optik. Penerapan kejuruteraan optik yang berkait dengan sistem pencahayaan dipanggil kejuruteraan pencahayaan.

Setiap bidang tersebut cenderung untuk mempunyai kegunaan, kemahiran teknikal, fokus dan penggabungan profesional yang berbeza. Inovasi terbaru dalam kejuruteraan optik sering dikelaskan sebagai fotonik atau optoelektronik. Sempadan antara bidang ini dengan "optik" sering tidak jelas dan terma yang sering digunakan berbeza bagi tempat di seluruh dunia dan dalam bahagian indutri.

Kerana penggunaan sains "cahaya" yang meluas kepada dunia nyata, bidang sains dan kejuruteraan optik sering melangkaui sempadan.

Sains optik adalah sebahagian dari bidang yang banyak cabangnya seperti kejuruteraan elekrik, fizik, psikologi, perubatan (ophtalmologi dan optometri), dan lain lagi. Tambahan, penerangan ciri optik yang paling lengkap, seperti yang dikenali dalam fizik, tidaklah merumitkan kebanyakan masalah, maka model ringkas digunakan. others. Model terhad ini menerangkan fenomena optik dengan cukup dengan mengabaikan ciri tidak padan atau/dan tidak terkesan bagi sistem yang diingini.


Developed by StudentB