Organisasi tentera

Unit-unit tentera disusun di dalam organisasi bagi melicinkan pentadbiran semasa aman atau perang. Organisasi ini mungkin terdiri daripada sejumlah tentera, kapal, kenderaan atau kapal terbang. Tentera darat, laut dan udara diatur mengikut susunan dalam kumpulan pelbagai saiz bagi tujuan fungsi, taktik atau pentadbiran.

Secara teknikal, sebuah unit adalah organisasi tentera tunggal yang homogenus; tidak bercampur dengan elemen atau pasukan lain, seperti sebuah batalion (infantri) atau sebuah rejimen (kavalri) secara berasingan menjalankan fungsi pentadbiran dan pemerintahan "pada tahap unit". Organisasi lebih kecil seperti kompeni, platun dan seksyen disebut "unit kecil". Di dalam bahasa Inggeris disebut sebagai unit dan minor unit.

Apabila unit-unit bergabung di bawah satu pemerintahan (command, atau Angkatan Tentera Malaysia lazimnya menggunakan kata "markas"), ianya disebut formasi. Justeru formasi bermula dengan briged, divisyen, kor dan seterusnya ke atas.

Senarai komposisi spesifik unit-unit dan formasi-formasi yang terdapat di dalam sesuatu pasukan tentera dikenali sebagai "Senarai tempur" atau Order of Battle.


Developed by StudentB