Pandemik COVID-19 di Antartika | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Antartika |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China |
Kes indeks | Bernardo O'Higgins, Wilayah Antartika Chile |
Tarikh ketibaan | 21 Disember 2020 (3 tahun, 11 bulan dan 4 hari lalu) |
Kes yang disahkan | 58 |
Pandemik COVID-19 di Antartika ialah sebahagian dari pandemik seluruh dunia penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2).
Kerana terpencil, Antartika menjadi benua terakhir yang memiliki kes COVID-19 yang disahkan dan salah satu wilayah terakhir di dunia yang terjejas secara langsung oleh pandemik itu.[1][2][3] Kes pertama dilaporkan pada Disember 2020, hampir setahun selepas kes pertama COVID-19 dikesan di China.[4] Bahkan sebelum kes pertama di benua tersebut dlaporkan, aktiviti manusia di Antarktika terjejas secara tak langsung.