Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik penyakit terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik penyakit ini untuk semua tempat. |
Pandemik COVID-19 di Maghribi | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Maghribi |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China menerusi Itali |
Kes indeks | Casablanca |
Tarikh ketibaan | 2 Mac 2020 (4 tahun, 8 bulan, 2 minggu dan 3 hari) |
Laman web rasmi | |
Laman web rasmi mengenai COVID-19 di Maghribi (oleh Kementerian Kesihatan) |
Pandemik COVID-19 disahkan telah merebak ke Maghribi pada 2 Mac 2020, ketika kes pertama COVID-19 disahkan di Casablanca. Ia melibatkan seorang ekspatriat Maghribi yang menetap di Itali dan pulang dari negara itu pada 27 Februari 2020. Kes kedua pula disahkan pada akhir hari yang sama melibatkan seorang wanita Maghribi berusia 89 tahun yang menetap di Itali yang telah kembali ke negaranya pada 25 Februari 2020 dari bandar Bologna.
Setakat 1 Mei 2020, terdapat 4.687 kes yang disahkan, 168 kematian dan 1.235 pemulihan.