Rencana ini mendokumenkan suatu pandemik penyakit terkini. Maklumat mengenainya mungkin berubah dengan cepat selepas lebih banyak maklumat diperoleh; laporan berita dan sumber utama lain mungkin tidak boleh dipercayai. Kemas kini terakhir untuk rencana ini mungkin tidak menggambarkan maklumat yang terkini mengenai pandemik penyakit ini untuk semua tempat. |
Pandemik COVID-19 di Peru | |
---|---|
Penyakit | COVID-19 |
Baka virus | SARS-CoV-2 |
Lokasi | Peru |
Asal wabak | Wuhan, Hubei, China melalui Perancis, Republik Czech and Sepanyol |
Kes indeks | Lima |
Tarikh ketibaan | 6 Mac 2020 (4 tahun, 8 bulan, 1 minggu dan 6 hari) |
Kes yang disahkan | 939,931 |
Sembuh | 730,595 |
Kematian | 35,317 |
Laman web rasmi | |
https://covid19.minsa.gob.pe/sala_situacional.asp |
Pandemik COVID-19 di Peru adalah sebahagian daripada pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) di seluruh dunia yang disebabkan oleh sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2 (SARS-CoV-2). Virus ini dilaporkan merebak ke Peru pada 6 Mac 2020 ketika seorang lelaki berumur 25 tahun yang telah melakukan perjalanan ke Sepanyol, Perancis dan Republik Czech disahkan positif.[1] Pada 15 Mac 2020, Presiden Martín Vizcarra mengumumkan kuarantin seluruh negara, menutup sempadan, menyekat perjalanan domestik, dan melarang operasi perniagaan yang tidak penting, tidak termasuk kemudahan kesihatan, penjual makanan, farmasi, dan institusi kewangan.
Peru, dengan jumlah penduduk 32 juta,[2] mempunyai sejumlah 500 katil unit rawatan rapi (ICU) yang tersedia pada April 2020,[3] dan sedang berusaha untuk memperluas bekalan ventilator di seluruh negara dari 40 hingga 540 mesin dalam beberapa bulan akan datang. Kejuruteraan dan pengeluaran dibekalkan oleh tentera Peru.[4]