Pangkat tentera adalah satu sistem perhubungan hierarki dalam angkatan tentera,[1] polis,[2] agensi perisikan atau institusi lain yang disusun bersama kelompok tentera. Lazimnya, pakaian seragam menandakan pangkat si pemakai dengan insignia khusus yang diletakkan pada pakaian seragam. Sistem pangkat yang dilaksanakan bagi kebanyakkan sejarah ketenteraan membawa kelebihan buat operasi tentera, terutamanya dari segi logistik, pemerintahan, dan penyelarasan; seperti mana masa berterusan dan operasi tentera menjadi lebih besar dan lebih rumit, pangkat tentera bertambah dan sistem pangkat sendiri menjadi lebih rumit.
Di dalam angkatan tentera moden, penggunaan pangkat menjadi universal. Negara-negara komunis ada kalanya memansuhkan pangkat (contohnya Tentera Merah Soviet 1918–1935,[3] Tentera Pembebasan Rakyat China 1965–1988,[4] dan Angkatan Tentera Albania 1966–1991[5]), namun ia diwujudkan semula selepas menghadapi kesukaran operasi perintah dan kawal.