| |
Ibu kota | Jayapura |
Gabenor | Lukas Enembe |
Keluasan | 81,049.30 km2 (31,293 bt2) |
Bil. penduduk | 1,000,799 (Bancian 2020[1]) |
Kepadatan | 12.3/km2 (32/sq mi) |
Kelompok etnik | Orang asli: Melanesia (termasuk Biak, Enggros, Fuyu, Hatam, Muyu, Nafri, Serui, Souk, Sentani, Tobati, Waropen, Wamesa.) Bukan orang asli: Orang Jawa, Bugis, Orang Batak, Orang Minahasa, Orang Cina Han.) |
Agama | Protestan (51.2%), Roman Katolik (25.42%), Islam (23%), lain-lain (2.5%) |
Bahasa | Bahasa Indonesia (rasmi), 269 [2] Bahasa bumiputera: Bahasa Papua Bahasa Melayu dan Bahasa Austronesia |
Zon waktu | WIT (UTC+9) |
Laman | http://www.papua.go.id/ |
Papua ialah sebuah Provinsi di Indonesia yang terletak di bahagian barat kepulauan New Guinea dan pulau-pulau di sekitarnya.
Papua kadangkala dipanggil sebagai Papua Barat kerana Papua boleh dirujuk kepada seluruh kepulauan New Guinea atau bahagian selatan negara jirannya, Papua New Guinea. Papua Barat ialah sebutan yang lebih disukai oleh para nasionalis yang ingin memisahkan Papua daripada Indonesia dan membentuk negara sendiri. Daerah (Provinsi) ini dahulu dikenali dengan panggilan Irian Barat sejak tahun 1969 hingga 1973, namanya kemudian ditukarkan menjadi Irian Jaya oleh Suharto, nama yang tetap digunakan secara rasmi hingga tahun 2002. Nama daerah (provinsi) ini diganti menjadi Papua sesuai dengan UU No 21/2001 Autonomi Khusus Papua. Pada masa era penjajahannya, wilayah ini disebut New Guinea Belanda (Dutch New Guinea).
Papua merupakan daerah (provinsi) yang terletak di wilayah paling timur negara Republik Indonesia dan merupakan daerah yang penuh harapan. Daerahnya belum banyak diterokai oleh aktiviti manusia dan Papua kaya dengan sumber alam yang menjanjikan peluang untuk berniaga dan berkembang. Tanahnya yang luas dipenuhi oleh hutan, laut dan pelbagai biotanya dan berjuta-juta tanahnya yang sesuai untuk pertanian. Dalam perut buminya juga menyimpan gas asli, minyak dan pelbagai bahan galian yang hanya menunggu untuk diterokai.
|accessdate=
(bantuan)