Para Rasul (Kristian)

Jamuan Terakhir, lukisan mural karya Leonardo da Vinci dari penghujung era 1490-an di Gereja Santa Maria della Grazie, Milan, ialah penggambaran peristiwa <i id="mwCQ">jamuan terakhir</i> Yesus bersama kedua belas rasulnya pada malam hari menjelang penyalibannya.
Yesus bersama kedua belas rasulnya, fresko yang menampilkan lambang Ki-Ro (<big id="mwEg">☧</big>) di Katakomba Domitila, Rom.
Sebahagian daripada siri tentang

Simbol Agama Kristian

 
Yesus Kristus
Yesus Kristus  · Kelahiran  · Penyaliban  · Wafat  · Kebangkitan
Asas
Gereja  · Kerajaan  · Pegangan  · Perjanjian Baru
Alkitab
Wasiat Lama  · Wasiat Baru  · Injil  · Kanun  · Kitab  · Apokrifa
Teologi
Tuhan (Bapa  · Anak  · Roh Kudus)  · Apologetik  · Katolikisme  · Kristologi  · Misi  · Pembaptisan  · Sejarah teologi  · Penyelamatan  · Tritunggal
Sejarah dan tradisi
Pengikut  · Bunda Maria  · Santo Petrus  · Paulus si Hawari  · Bapa Gereja  · Awal  · Konstantinus Agung  · Persidangan  · Thomas Aquinas  · Perpecahan Timur-Barat  · Perang Salib  · Reformasi Protestan
Tajuk umum
Agama lain  · Kesarwabangsaan  · Kesenian  · Khutbah  · Kritikan  · Liturgi  · Muzik  · Simbolik  · Sembahyang  · Tahun gereja
Denominasi dan gerakan

Portal Kristian

 

Dalam eklesiologi dan teologi Kristian, para rasul (Yunani: ἀπόστολος, apóstolos: ἀπόστολος, apóstolos; jamak: Απόστολοι, apóstoloi; harfiah: utusan), khususnya Kedua Belas Para Rasul, merupakan murid-murid utama Yesus, tokoh pusat agama Kristian. Semasa Yesus hidup dan berkarya pada abad pertama tarikh Masihi, para rasul ialah pengikut-pengikut terdekat-Nya. Di kemudian hari, pengikut-pengikut terdekat ini menjadi sumber utama Alkitab yang diwartakan Yesus.

Pada zaman moden, para mubaligh gerakan Pentakosta kerap menyebut diri mereka sendiri sebagai rasul. Amalan ini ditunaskan seperti bahasa Latin untuk kata "rasul", yakni "missio", ambilan kata "misionaris" dalam Kristian Malaysia. Kerana alasan yang sama pula umat Katolik menyandangkan sebutan rasul kepada mubaligh-mubaligh tertentu, contohnya Santo Patrick (373–463) dihormati sebagai "Rasul Ireland", Santo Bonifasius (680–755) dihormati sebagai "Rasul Jermen", dan Santo Fransiskus Xaverius (1506–1552) dihormati sebagai "Rasul India".[1]

Walaupun tradisi Kristian kerap menyebutkan bahawa para rasul berjumlah dua belas orang, para penulis Injil mencatat orang yang sama dengan nama yang berbeza sehingga terdapat nama rasul yang disebut dalam satu Injil tetapi tidak terdapat dalam Injil-Injil lain. Peristiwa penetapan kedua belas rasul oleh Yesus diriwayatkan dalam ketiga Injil sinoptik. Sesudah kebangkitannya, Yesus menyampaikan Amanat Agung kepada sebelas orang rasul (Yudas Iskariot sudah wafat kala itu), yakni amanat untuk mewartakan ajaran-ajarannya kepada segala bangsa. Peristiwa ini lazim disebut pengutusan para rasul. Menurut sebuah tradisi Kristian Timur yang bersumber dari Injil Lukas, terdapat tujuh puluh orang rasul yang terlibat dalam karya perkhidmatan Yesus. Dalam Gereja Perdana, Paulus kerap disebut rasul kerana diajar dan diutus secara langsung oleh Kristus melalui suatu penglihatan dalam perjalanannya menuju bandar Damaskus (Kisah Para Rasul 9:4–5).

Kurun masa perkembangan agama Kristian semasa hidup para rasul disebut zaman rasuli.[1] Pada abad pertama tarikh Masihi, para rasul membentuk paguyuban-paguyuban Kristian di seantero wilayah Empayar Rom, malah menurut tradisi Kristian, juga di kawasan-kawasan lain di Timur Tengah, Afrika, dan India.

  1. ^ a b "Apostle." Cross, F. L., (penyunting) The Oxford Dictionary of the Christian Church. New York: Oxford University Press. 2005. ISBN 0-19-280290-9

Developed by StudentB