Parti Harapan Rakyat Sabah

Parti Harapan Rakyat Sabah
PresidenLajim Ukin (2016-2019)
Liew Yun Fah (2020-kini)
PengasasLajim Ukin
Ditubuhkan25 Oktober 2016; September 2020
(penubuhan semula)
DisahkanOktober 2020
Dibubarkan2019
(pembubaran sementara)
Ibu pejabatKota Kinabalu, Sabah
Keanggotaan90,000
(sejak 2022)
IdeologiKeadilan sosial, Nasionalisme Sabah
Penggabungan serantau GRS
(anggota sejak 2023)
WarnaBiru, Merah, Putih
Dewan Negara Malaysia (Parlimen)
0 / 70
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen)
0 / 222
Dewan Undangan Negeri Sabah
1 / 79
Simbol pilihan raya

Parti Harapan Rakyat Sabah (singkatan: Harapan Rakyat) atau Sabah People's Hope Party ialah sebuah parti politik di Malaysia. Parti ini telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 24 Oktober 2016. [1] [2] Parti ini adalah anggota rasmi dan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sejak 5 April 2023.[3] Parti Harapan Rakyat Sabah diterajui Presiden iaitu Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) dan Timbalan Presiden ialah YB Datuk Rina Haji Jainal.

Brig. Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah (JP) merupakan Pengerusi DESA (Sabah) tahun 2023 yang merupakan salah sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menjalankan perniagaan agro makanan dan tenusu. Beliau merupakan aktivis politik yang pernah menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan Sabah pada tahun 2004.

YB Datuk Rina Haji Jainal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri N.70 Kukusan dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah. Seorang aktivis politik yang sentiasa prihatin dan peka terhadap isu-isu rakyat. Telah memenangi Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 DUN Ke-16 bagi kerusi N70 Kukusan dengan logo Parti Warisan Sabah. Jumlah undi 2,834 dan majoriti 10.

Parti ini menumpukan gerak kerja utama di kawasan Pantai Timur Sabah dengan mengkhususkan tiga daerah iaitu Tawau, Kalabakan dan Lahad Datu. Matlamat Parti Harapan Rakyat Sabah adalah membantu rakyat menangani isu semasa dan berjuang demi kebajikan serta kesejahteraan rakyat.

  1. ^ Parti Harapan Rakyat Sabah didaftar
  2. ^ Lajim Ukin presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
  3. ^ FMT (April 5, 2023). "LDP, PHRS sertai Gabungan Rakyat Sabah". FMT. Dicapai pada April 7, 2023.

Developed by StudentB