Parti Maju Sabah ڤرتي ماجو سابه | |
---|---|
Nama Bahasa Inggeris | Sabah Progressive Party |
Nama Bahasa Cina | 沙巴进步党 |
Singkatan | SAPP |
Presiden | Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee |
Setiausaha agung | Richard Yong We Kong |
Timbalan Presiden |
|
Naib Presiden |
|
Ketua Pemuda | Jamain Sarudin |
Ketua Wanita | Chia Miu Lee |
Pengasas | Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee |
Diasaskan | 21 Januari 1994 |
Pecahan | Parti Bersatu Sabah |
Ibu pejabat | H 1115, Lorong Kelengkeng 1, Taman Antarabangsa, Likas Park, Jalan Tuaran, 88300 Kota Kinabalu, Sabah |
Sayap belia | Gerakan Belia SAPP |
Sayap wanita | Gerakan Wanita SAPP |
Keanggotaan | 58,700 (Disember 2022) |
Ideologi | Regionalisme |
Penggabungan kebangsaan |
|
Warna | Kuning, Hijau dan Biru |
Dewan Negara Malaysia (Parlimen) | 0 / 70 |
Dewan Rakyat Malaysia (Parlimen) | 0 / 222 |
Dewan Undangan Negeri Sabah | 1 / 79 |
Simbol pilihan raya | |
Laman sesawang | |
sapp |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Parti Maju Sabah (bahasa Inggeris: Sabah Progressive Party , SAPP) ialah sebuah parti politik berbilang kaum yang bertapak di negeri Sabah, Malaysia. SAPP didaftarkan pada 21 Januari 1994 oleh pemisah dari Parti Bersatu Sabah pimpinan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee. SAPP asalnya pernah merupakan salah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang memerintah Malaysia, sehingga 17 September 2008, apabila SAPP secara rasminya meninggalkan Barisan Nasional untuk menjadi parti bebas.[1] Pada 9 Ogos 2020, SAPP sah menyertai sebagai ahli untuk Perikatan Nasional dan keluar pada tahun 2022 atas sebab fahaman politik yang berbeza dengan Perikatan Nasional.[2] Pada 11 Mac 2022, SAPP telah bersetuju dan secara sah menyertai gabungan baru di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). GRS ialah gabungan rasmi hasil persetujuan parti-parti tempatan yang ada di Sabah. Ini termasuklah SAPP itu sendiri, STAR, PBS, PBRS, dan parti lokal yang lain.