Pasangan Perdana Menteri Malaysia

Pasangan Perdana Menteri Malaysia
Penyandang
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
sejak 24 November 2022
GelaranYang Amat Berbahagia
Bidang kuasaMalaysia Sunting nilai ini di Wikidata
KediamanSeri Perdana
Dibentuk31 Ogos 1957
Pemegang pertamaSharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pasangan Perdana Menteri Malaysia merupakan gelaran kehormat merujuk kepada pasangan kepada ketua kerajaan Malaysia, yakni Perdana Menteri Malaysia. Sejak Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, gelaran ini sentiasa diisi oleh perempuan, oleh itu, pasangan ini turut dikenali sebagai isteri Perdana Menteri. Terdapat segelintir pengkritik yang cuba menggelar isteri perdana menteri sebagai "Wanita Pertama Malaysia",[1][2] seakan sama seperti gelaran Wanita Pertama yang digunakan di negara republik, walaupun begitu, gelaran Wanita Pertama ini tidaklah diiktiraf secara rasmi. Setakat ini, seramai 10 orang wanita berpeluang memegang gelaran pasangan Perdana Menteri Malaysia.

  1. ^ "Najib debunks 'first lady' term used on wife". The Malaysian Insider. June 15, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-19. Dicapai pada 2011-01-21.
  2. ^ "'First lady' lower than Queen: Najib". The Sun (Malaysia). June 15, 2010. Dicapai pada 2011-01-21.

Developed by StudentB