Pasangan bes merupakan bongkah binaan asas bagi heliks ganda dua DNA yang menyumbag kepada struktur berlipat-lipat bagi kedua-dua DNA dan RNA. Ditentukan oleh corak-corak ikatan hidrogen yang tertentu, pasangan bes Watson-Crick (guanina-sitosina dan adenina-timina) membolehkan heliks DNA-nya untuk mengekalkan struktur heliks biasa yang bebas daripada jujukan nukleotidanya. Sifat saling melengkap bagi struktur berpasangan bes ini membekalkan salinan sandaran bagi semua maklumat genetik yang dikodkan di dalam DNA bertetali ganda dua. Struktur nalar dan lewahan data yang dibekalkan oleh heliks gand dua DNA menjadikan DNA sesuai untuk penyimpanan maklumat genetik, sementara pemasangan bes antara DNA dan nukleotida yang diterimanya membekalkan mekanisme yang dilalui oleh polimerase DNA yang mereplika DNA, sementara polimerase RNA mentranskripsikan DNA ke dalam RNA. Kebanyakan protein pengikat DNA boleh mengecam corak-corak pasangan bes tertentu yang mengencam kawasan kawal selia gen yang tertentu.
Pasangan bes antara molekul terdapat di dalam asid nukleik bertetali tunggal. Ini adalah penting terutamanya pada molekul RNA (cth., RNA pindah), yang mana pasangan bes Watson-Crick (G-C dan A-U) mengizinkan pembentukan heliks bertetali ganda dua pendek, manakala pelbagai interaksi bukan Watson-Crick (cth., G-U atau A-A) membolehkan RNA untuk melipat ke dalam pelbagai struktur tiga dimensi yang tertentu. Selain itu, pemasangan bes antara RNA pindah (tRNA) dan RNA pengutus (mRNA) membentuk asas untuk kejadian pengecaman molekul yang menyebabkan jujukan nukleotida mRNA ditafsirkan ke dalam jujukan asid amino protein.
Sebesar mana sebutir gen ataupun seluruh genom organisma sering disukat dalam bilangan pasangan bes kerana DNA lazimnya bertetali ganda dua. Oleh itu, jumlah pasangan bes adalah bersamaan dengan bilangan nukleotida dalam sesuatu tetali (kecuali bahagian telomer tetali tunggal yang tidak mengekod). Genom manusia yang haploid (23 kromosom) dianggarkan panjangnya sekitar 3.2 bilion pasangan bes serta mengandungi 20,000–25,000 gen pengekod protein yang berbeza.[1][2][3] Kilobes (kb) adalah unit sukatan dalam biologi molekul yang bersamaan dengan 1000 pasangan bes DNA atau RNA.[4]