Passport Malaysia ڤسڤورت مليسيا | |
---|---|
Jenis | Pasport |
Dikeluarkan oleh | Malaysia — Jabatan Imigresen Malaysia |
Pertama kali dikeluarkan | |
Tujuan | Pengenalan |
Kelayakan | Rakyat Malaysia |
Tempoh tamat | 5 tahun |
Kos | |
sunting · sunting di Wikidata |
Negara Anggota ASEAN |
Portal Malaysia |
Pasport Malaysia ialah pasport yang dikeluarkan bagi rakyat Malaysia oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi maksud perjalanan ke negara-negara yang dibenarkan kecuali mendapat kelulusan khas bagi negara terlarang.[3] Pengeluaran pasport dan dokumen perjalanan, milikan mereka oleh orang yang masuk dan keluar dari Malaysia serta perkara yang berkaitan terletak di bawah Akta Pasport 1966.
Memproses permohonan dan pembaharuan pasport Malaysia adalah pantas, dengan pasport baharu biasanya dikeluarkan sejam selepas permbayaran dibuat bagi kes-kes normal. Pengenalan kios pembaharuan pasport (KiPPas) di cawangan-cawangan JIM membenarkan permohonan dan pembayaran untuk pasport dibuat tanpa perlu ke kaunter permohonan.