Patrick Leahy | |
---|---|
Presiden pro tempore Senat Amerika Syarikat | |
Dalam jawatan 20 Januari 2021 – 3 Januari 2023 | |
Didahului oleh | Chuck Grassley |
Digantikan oleh | Patty Murray |
Dalam jawatan 17 Disember 2012 – 3 Januari 2015 | |
Didahului oleh | Daniel Inouye |
Digantikan oleh | Orrin Hatch |
Senator A.S. dari Vermont | |
Dalam jawatan 3 Januari 1975 – 3 Januari 2023 | |
Didahului oleh | George Aiken |
Digantikan oleh | Peter Welch |
Presiden pro tempore emeritus Senat Amerika Syarikat | |
Dalam jawatan 3 Januari 2015 – 20 Januari 2021 | |
Didahului oleh | Ted Stevens |
Digantikan oleh | Chuck Grassley |
Butiran peribadi | |
Lahir | Patrick Joseph Leahy 31 Mac 1940 Montpelier, Vermont, A.S. |
Parti politik | Demokrat |
Pasangan | Marcelle Pomerleau (k. 1962) |
Anak-anak | 3 |
Pendidikan | Saint Michael's College Georgetown University |
Tandatangan | |
Laman web rasmi | Laman web Senat |
Patrick Joseph Leahy (/ˈleɪhi/; lahir 31 Mac 1940) ialah seorang ahli politik dan pelakon separuh masa Amerika Syarikat yang telah berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat dari Vermont dari tahun 1973 hingga tahun 2023. Leahy ialah presiden pro tempore Senat Amerika Syarikat sebanyak 2 kali. Berkhidmat selama lapan penggal, beliau ialah senator paling kanan berkhidmat dalam sejarah negeri beliau.
Dekan delegasi kongres negeri, Leahy ialah senator A.S. dari Vermont paling lama berkhidmat dan juga senator pertama Demokrat dari Vermont. Beliau ialah bekas pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Kehakiman. Beliau telah berkhidmat sebagai anggota ranking Jawatankuasa Peruntukan sejak tahun 2017. Pada tahun 2001, Leahy ialah salah satu daripada dua senator A.S. yang menjadi sasaran serangan anthrax yang mengorbankan lima orang.
Leahy merupakan peminat watak Batman dan telah membuat beberapa penampilan khas dalam beberapa episod dan filem televisyen Batman bermula dengan kameo yang tidak dikreditkan di Batman Forever (1995).[1][2] Beliau melakukan alih suara seorang gabenor wilayah dalam episod Batman: The Animated Series "Showdown" (1995), muncul sebagai dirinya sendiri dalam filem Batman & Robin (1997) dan muncul dua kali dalam Dark Knight Trilogy sebagai ahli lembaga Wayne Enterprises. Dalam The Dark Knight (2008), beliau memberitahu Joker "Kami tidak diintimidasi oleh samseng", di mana Joker menjawab, "Awak tahu, awak mengingatkan saya kepada ayah saya. Saya benci ayah saya."[3] Dalam filem The Dark Knight Rises (2012), beliau mempertahankan warisan keluarga Wayne daripada percubaan untuk merampas syarikat oleh seorang usahawan bernama John Daggett.[4] Leahy juga muncul dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justice, melakonkan watak Senator Purrington, di tempat kejadian semasa sidang Senat yang kemudiannya musnah akibat letupan.[5]
Leahy berkahwin dengan Marcelle Pomerleau pada tahun 1962 dan mempunyai tiga orang anak: Kevin, Alicia dan Mark. Leahy ialah seorang penganut Kristian Katolik.[6]
Pada 15 November 2021, Leahy mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula ke Senat pada pilihan raya tahun 2022.[7] Penggal beliau tamat pada 3 Januari 2023, dan digantikan oleh Peter Welch.
Vermont senator Patrick Leahy filmed a cameo appearance in Batman Forever;