Pediatrik

Pemeriksaan terhadap bayi baru lahir oleh seorang pakar pediatrik.

Pediatrik (pediatrics, dari perkataan Yunani purba, παῖς (pais, "anak") dan ἰατρός (iatros, "doktor")) merupakan cabang perubatan yang berkaitan dengan bayi dan kanak-kanak. Ia merangkumi pelbagai aspek perkembangan termasuklah psikologi yang melibatkan kanak-kanak, kecacatan dan pelbagai penyakit lain.

Secara umumnya, pediatrik berbeza berbanding perubatan terhadap orang dewasa disebabkan oleh perbezaan fizikal dan kematangan serta pertubuhan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Selain itu, bentuk badan kanak-kanak yang lebih kecil juga memiliki fisiologi yang berbeza. Aspek-aspek perubatan lain seperti onkologi dan imunologi juga berbeza dalam pediatrik berbanding perubatan biasa.


Developed by StudentB