Pegon

Abjad Pegon
ابجد ڤيڮون
Jenis tulisan
Abjad
Arah tulisanRight-to-left Sunting ini di Wikidata
Bahasa-bahasa
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Sistem tulisan turunan
Abjad Sorabe? (masih diperdebatkan)[1][2]
Sistem tulisan kerabat
Jawi, Turki Uthmaniyah, Urdu
 Laman ini mengandungi transkripsi fonetik daripada Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA). Untuk panduan pengenalan simbol-simbol AFA, sila lihat Bantuan:AFA. Untuk membezakan simbol [ ], / / dan ⟨ ⟩, sila lihat IPA § Tanda-tanda kurung dan pembatas-pembatas transkripsi.

Abjad Pegon (Pegon: ابجد ڤيڮون‎) ialah abjad menggunakan huruf Arab atau lebih tepat tulisan Jawi yang diubah suai untuk menuliskan perkataan bahasa Jawa dan bahasa Sunda. Perkataan Pegon dipercayai berasal daripada kata bahasa Jawa pégo (ڤيڮو‎, Hanacaraka: ꦥꦺꦒꦺꦴ) yang bererti "menyimpang" yakni sifat menyimpang atau tidak lazim tulisan bahasa Jawa dalam huruf Arab di mata orang Jawa.[3]

Berlainan dengan huruf Jawi yang ditulis gundul (tiada baris), pegon hampir selalu diletakkan tanda vokal. Jika ia tidak ditulis dengan tanda vokal, ia digelar Gundhul dan bukannya Pegon. Bahasa Jawa mempunyai tulisan vokal (aksara swara) yang lebih banyak daripada bahasa Melayu sehingga vokal perlu ditulis untuk menghindari kerancuan.

  1. ^ Himmelmann 2004.
  2. ^ Simon 2006.
  3. ^ Poerwadarminta 1939, m/s. 481.

Developed by StudentB