Pekan Muara | |
---|---|
Negara | Brunei |
Daerah | Brunei-Muara |
Mukim | Serasa |
Poskod | BT1128 |
Pekan Muara ialah sebuah pekan di Brunei. Ia merupakan tempat terletaknya Pelabuhan Muara iaitu pelabuhan utama dan satu-satunya pelabuhan air dalam di Brunei. Pekan Muara secara rasmi ditadbir sebagai salah sebuah kampung dalam Mukim Serasa di Daerah Brunei-Muara. Poskod bagi Pekan Muara ialah BT1128.[1][2]